Tentang Kami


Cita Ayu Ent merupakan pembekal,pengusaha perniagaan berasaskan kek  terutamanya di daerah Pendang, Kedah. Berbekalkan pengalaman lebih dari 3 tahun berniaga secara 'offline', kini Cita Ayu Ent. boleh berbangga kerana dapat bergerak seiring bersama - sama perniagaan 'online' yang lain. Cita Ayu Ent. mendapat sokongan penuh oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Pengusaha  yang memegang nama Mas Ayu Bt Hj.WanSalleh merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam perniagaan. Bermula dengan perniagaan menjahit baju ditambah dengan salon muslimah, dan kini beliau telah menyerahkan perniagaan lama beliau kepada orang yang dipercayainya kerana beliau ingin memberi perhatian penuh kepada perniagaan bakeri beliau.Dengan permintaan yang sangat menggalakkan, kini Cita Ayu Ent. mempunyai 5 orang pekerja yang sama-sama beliau menjalankan perniagaan yang diminatinya ini.

Cita Ayu Ent menyediakan perkhidmatan membuat pelbagai jenis kek, cupcake, puding kek (paling laris), kueh/biskut raya dan sehingga kueh mueh tradisional. Kebanyakan tempahan yang diterima adalah untuk majlis perkahwinan, pertunangan,hari jadi, perasmian syarikat, minum petang syarikat dan sebagainya. Kini, Cita Ayu Ent.mengorak langkah dengan menerima tempahan menyediakan 'gift' untuk sebarang majlis.

Sebarang tempahan bolehlah dibincang dengan datang sendiri ke pejabat beliau atau menghubungi beliau sendiri.


Fasiliti Kami