Monday, July 4, 2011

Anak Anugerah Rezeki dari Allah


Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak.



Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan dia tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dalam hadis Rasululah SAW.

Rezeki Tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan Allah berkuasa pula melapangkan atau mengkayakan seseorang dikehendakinya dan begitu juga sebaliknya.

Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kepadanya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak, sesudah ia mendapat kelapangan dan kekayaannya itu?

Semua orang akan kembali kepada Allah dan masing-masing akan diberi balasannya. Mereka yang mendapat rezeki anak mestilah berusaha pula menyara anak-anak yang dilahirkan.

Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya.

Sumber; http://paramedik.bbfr.net/t6063-anak-pembawa-rezeki

No comments:

Post a Comment