Jika aku cintakan Allah,
Hatiku akan sentiasa ingat, berzikir pada-Nya di setiap hembusan nafasku,
Tidak akan pernah aku lupa dengan-Nya,
Kerana cintanya aku pada-Nya,
Pasti hatiku akan sentiasa rindu untuk mengalunkan kata-kata zikir untuk-Nya,
Namun,
Di kala susah lebih banyak aku ingat pada-Nya dan semakin kurang aku ingat pada-Nya ketika aku senang,
Tetapi kini, aku akan selalu cuba memperingati-Nya dengan beristighfar dalam setiap hembusan nafasku.
Jika aku cintakan Allah,
Pasti hatiku rindu untuk solat selalu,
Kerana itulah tempat untuk kami ‘bertemu’, melepas rindu,
Pasti aku solat dengan khusyuk sehingga bisikan-bisikan syaitan dan hingar bingar dunia dapat aku lenyapkan,
Sekalipun nyamuk melepasi hadapanku, atau sakit perut bertandang menari-nari pada ususku,
Tidak akan hilang fokusku selain daripada memikirkan tentang aku sedang berdating dengan-Nya,
Pasti rasa manisnya solat itu biarpun selama berjam-jam daripada online hampir 24 jam,
Pasti sanggup aku bangun tahajud biarpun berat untuk aku tunaikan,
Kerana relanya hati aku berkorban untuk kekasih hati,
Namun,
Aku hanya luangkan 5-15 minit untuk tunaikan solat fardhu juga solat sunat,
Amat jarang aku dapat khusyuk sehingga dapat melenyapkan hingar bingar dunia,
Juga ketika nyamuk berlalu di hadapanku serta kesakitan menari-nari dalam ususku,
Apatah lagi untuk tahajud,
Begitu liat diri ini untuk berkorban waktu tidur untuk bersama dengan-Nya,
Lebih rela dibiarkan dengan bisikan syaitan yang memujuk-mujuk agar meneruskan tidurku.
Jika aku cintakan Allah,
Pasti aku berwangi-wangian ketika menunaikan solat,
Memakai pakaian yang sopan dan cantik seperti di pagi raya,
Telekung yang dipakai akan ku basuh setiap hari begitu juga dengan sejadah,
Seperti baju ketika berjalan keluar yang ku basuh setiap hari silih berganti,
Tidak akan aku biarkan pakaian yang aku pakai ketika solat itu buruk, tidak kemas dan kotor,
Akan ku gosok pakaian juga telekung setiap kali ingin bertemu dengan-Nya,
Memeriksa jika-jika ada yang kotor oleh kotoran atau habuk-habuk yang mencacatkan seri juga kecantikan pada pakaian,
Namun,
Aku hanya memakai pakaian biasa yang tidak kemas, dan cantik,
Telekung yang membalutku ketika solat aku pakai selama seminggu tanpa berbasuh,
Apabila baru selesai membasuh, aku gunakan pakaian itu untuk menunaikan solat sekalipun kelihatan basahan pada pakaian tersebut,
Sungguh aku tidak titik beratkan kekemasan, kebersihan apabila ingin bersama dengan-Nya,
Hanya sekali ku gosok telekung ketika mula-mula memakainya tidak seperti menggosok pakaian terlebih dahulu sebelum keluar rumah..masyAllah~~
Jika aku cintakan Allah,
Setiap kali terdengar orang berkata tentangnya,
Pasti bergetar rasa hatiku kerana kekasih hati jadi sebutan orang,
Namun,
Aku hanya berlagak biasa apabila aku terdengar azan yang memuji-Nya,
Tiada langsung rasa kehambaan apabila aku mendengar tentang-Nya,
Betapa diri ini ego, tidak sedar akan diri yang sangat hina juga kerdil yang tiada apa-apa tanpa-Nya.
Jika aku cintakan Allah,
Pasti amanat-Nya aku jaga, pasti aku ikut nasihat-Nya,
Kerana aku mudah menerima apa yang Dia perintahkan kerana cintanya aku pada-Nya,
Kerana sesungguhnya itu adalah bukti Dia juga ambil berat tentangku jadi Dia ingin menjaga aku melalui perintah-Nya,
Namun,
Hanya beberapa yang aku titik beratkan,
Walaupun aku tahu kebaikannya tetapidiri ini terlalu degil untuk puas membenarkan,
Tetapi akan ku cuba untuk usahakan menjaga amanat-Nya sehabis baik.
Jika aku cintakan Allah,
Segala dugaan jadi kegembiraan,
Hati tersenyum apabila diuji,
Tidak akan pernahku merungut kerana ia adalah pengajaran daripada kekasih hati yang menyayangiku,
Segala pengorbanan diberikan dengan rela,
Tanpa meminta balasan dan belas kasihan juga penghargaan,
Tidak akan pernah berasa was-was pada penentuan-Nya,
Hanya berbaik sangka atas segalanya,
Kerana yakinnya aku pada takdirnya yang bukan sia-sia untuk kebaikan diriku,
Namun,
Ada sahaja ketidak puas hati-an pada-Nya atas takdir yang telah Dia tetapkan,
Malah aku pernah marahkan Dia dan menangisi apa yang Dia tetapkan padaku,
Aku tidak berterima kasih atas pelajaran yang cuba Dia ajarkan padaku,
Juga tidak mencari hikmah di sebaliknya..astagfirullah al azim,
Tidak patutnya aku bersikap kasar pada Tuhanku, Allah.
Jika aku cintakan Allah,
Pasti resahnya jika aku kehilangan cinta-Nya,
Kerana Dialah satu-satunya tempat aku bergantung,
Pasti gila rasanya jika aku kehilangan cinta-Nya,
Seperti orang kurang waras di jalanan yang hilang cinta kekasih hati,
Aku bersyukur kerana aku dapat merasai sayangnya Dia padaku cuma aku yang tidak merasai sayangnya aku pada Dia sedangkan Dia sangat mengasihiku sebagai hamba-Nya,
Sesungguhnya, Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang..SubhanAllah~
sumber ; http://amoibestari.blog.com/hidup-bertuhan-jika-benar-aku-cintakan-allah/
No comments:
Post a Comment